Terima kasih Dingoz MPX…

Dingoz E-sports harini mengumumkan di laman Facebook bahawa Dingoz MPX dibubarkan serta merta.

“Berat untuk kami mengumumkan bahawa perjalanan Dingoz MPX telah berakhir di sini sahaja.

Di kesempatan ini, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Appy, IronPro, Pemburu, Rith dan Eypul kerana telah menunjukkan satu prestasi yang baik dan berjaya mengangkat nama Dingoz MPX,” tulis kenyataan itu.

Dingoz E-sports juga berterima kasih kepada pengurus pasukan, jurulatih dan pihak pengurusan yang lain kerana sentiasa bersama dengan Dingoz MPX sepanjang perjalanan mereka di liga esports.

Semua pemain-pemain Dingoz MPX juga akan meneruskan karier mereka di pasukan yang lain kelak.

Terima kasih dan selamat maju jaya kepada Dingoz MPX.

Mereka sebelum ini pernah mewakili Malaysia di Liga Profesional (PMPL) Asia Tenggara musim ketiga dan kejohanan jemputan Peace Elite Asia.

RELATED NEWS

+