Terima kasih Malaysia..

Satu-satunya pasukan Malaysia yang bertahan di Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2021, RSG MY terpaksa akur dengan kekalahan mereka di tangan skuad Filipina, Execration.

Dalam pusingan kalah mati itu, RSG MY ditewaskan dengan skor 0-2 tapi berjaya dapat top 4. Tahniah!

Perlawanan pertama menunjukkan lineup sangat berbeza daripada Execration dengan mengambil Grock dan mereka juga mengambil Yve. Ling juga mengambil bilangan kills yang begitu banyak iaitu sebanyak 14 mata bunuh.

Izanami mengenakan damage tertinggi namun pemain-pemain Execration mempunyai jumlah serangan yang hampir sama.

Kielvj mendapat MVP dengan menggunakan Ling. 14 mata bunuh dan hanya tiga kematian.

Di perlawanan kedua pula, RSG MY sangat kelihatan tidak selesa dengan draft mereka terutamanya pemilihan Gloo kerana tidak memberikan impak yang diharapkan. Execration bijak menggunakan Yve untuk membantu Ling dan Khufra digunakan untuk memulakan teamfight.

Pemilihan Faramis juga sangat membantu Execration bermain dengan sangat agresif.

Faramis yang mengenakan damage tertinggi kali ini kerana Cult Altar yang membolehkan hero lain hidup kembali.

Sekali lagi Kielvj mendapatkan MVP menggunakan Ling.

Maka tamatlah sudah perjalanan Malaysia di MSC 2021.

Kita mungkin tidak menang namun semangat pasukan Malaysia terutamanya RSG MY yang hadir buat pertama kali di kejohanan ini membuktikan mereka adalah sebuah pasukan yang disegani. Comeback stronger!

MSC 2021 bermula pada 7 Jun hingga esok, mengumpulkan hadiah terkumpul AS$150,000 (RM615,700) yang akan direbut 12 pasukan dari lapan negara Asia Tenggara.

Saksikan siaran langsung di Facebook dan Youtube.

Foto: RSG MY

RELATED NEWS

+