Terima kasih Team Caracal..

Perjalanan Team Caracal ke peringkat playoff sangat mencabar dengan pengumuman barisan pemain baru mereka sebelum ini.

Walau bagaimanapun, mereka mula mendapat momentum kembali selepas kemasukan bekas pemain Suhaz serta Wynn dan Maima.

Mereka mengucapkan terima kasih di atas sokongan dari semua peminat dan akan perbaiki kelemahan mereka di masa akan datang.

Ini selepas kekalahan mereka ke atas Todak 1-2 hari ini yang mana tiada lagi perlawanan selepas ini.

Meskipun Team Lunatix tewas 0-2 esok ke atas SMG, sistem head to head tetap akan dilakukan untuk Caracal dan Lunatix dan kesudahannya berpihak kepada Lunatix.

Terima kasih Team Caracal kerana sudah buat yang terbaik dan selamat datang ke playoffs, Lunatix.

RELATED NEWS

+