[TERKINI] Vip Squad Dan Yoodo Gank Layak Ke Grand Final Kejohanan Asia Tenggara PMCO

Selepas berhempas pulas selama empat minggu bertarung dalam liga Asia Tenggara PUBG Mobile Club Open (PMCO) Fall Split di Shanghai, China, dua pasukan Malaysia, ViP Squad dan Yoodo Gank berjaya melayakkan diri ke saringan seterusnya iaitu kejohanan Asia Tenggara di Bangkok, Thailand pada November nanti.

Tahniah kepada mereka dan semoga berjaya!

Sementara itu, Yoodo Gank juga layak ke Global Final yang akan dianjurkan di Kuala Lumpur, Malaysia berikutan prestasi memberangsangkan mereka dengan ranking tertinggi dalam kalangan pasukan Malaysia lain.

Bagaimanapun, mereka perlu bermain di Kejohanan Asia Tenggara di Bangkok namun slot mereka mungkin akan diberikan kepada pasukan lain yang terbaik pada akhir kejohanan itu nanti.

Nantikan berita lanjut menyusul dari kami

RELATED NEWS

+