The Battle Cats Unite! versi Bahasa Inggeris tiba secara eksklusif untuk Asia Tenggara

Salah satu kelebihan menjadi pemain permainan video di Asia Tenggara, terdapat banyak permainan Jepun yang diberi perlancaran eksklusif di rantau ini. Sebelum ini, antara permainan yang dilancarkan secara eksklusif ialah Kamen Rider Memory of Heroez dan Super Robot Wars X.

Terbaru, ialah The Battle Cats Unite, yang sebelum ini hanya dilancarkan bagi platform Nintendo Switch di Jepun pada 2018.

Bagi yang tidak tahu, francais The Battle Cats Unite bermula sebagai siri permainan tower defence mudah alih, di mana pemain perlu mengumpul sekumpulan kucing unik untuk memperkukuhkan barisan tentera mereka.

Siri ini sebelum ini tiba di Nintendo 3DS sebagai The Battle Cats POP!, yang kemudiannya dilancarkan secara global dalam Bahasa Inggeris pada 2016.

Dalam The Battle Cats Unite!, pemain boleh bermain hingga dua pemain sama ada berpasukan atau bersaing antara satu sama lain di dalam sistem perlawanan yang mudah. Pemain boleh merekrut sehingga lebih 350 karakter kucing ke dalam barisan pertahanan dan menawan galaksi.

Matlamat permainan ini adalah untuk memusnahkan menara pihak lawan, dengan berlainan kucing akan memberi kelebihan atau kekurangan yang berbeza. Daripada kucing lanun hingga kucing petak aneh, anda akan kagum melihat bagaimana pembangun menggunakan konsep seekor kucing.

Sementara kebanyakan permainan mudah alih bergantung pada mekanik ‘gacha’ untuk pemain mengumpul barangan, dalam Unite, pemain boleh mengumpul kucing baru daripada mesin kapsul tanpa bayaran tambahan atau mikro-transaksi.

Kempen permainan ini juga menampilkan lebih 300 peringkat dan pelbagai kisah sebalik tabir. Pemain akan memulakan pengembaraan mereka dengan menjajah planet di dalam “Empire of Cats” sebelum beralih ke cabaran yang lebih besar.

Pemain juga boleh mencabar diri mereka dalam mod “Stories of Legends” sebuah pengembaraan merentas masa untuk mencari Kucing Legenda. Terdapat juga mod Blitz untuk pemain menajamkan skil mereka.

The Battle Cats Unite! akan dilancarkan di Nintendo Switch pada 9 Disember nanti.

Artikel ini diterjemah daripada IGN SEA. Untuk artikel penuh sila layari SINI.

RELATED NEWS

+