The Legend Of Zelda: Skyward Sword Versi HD Takkan Dilancarkan Di Nintendo Switch Buat Masa Sekarang

Sebelum ini, dengar cerita dalam komuniti Nintendo yang The Legend of Zelda: Skyward Sword akan dikeluarkan di Nintendo Switch dalam versi HD.

Tapi nampaknya, ia takkan menjadi kenyataan.

“Buat masa ini, kami tiada pelan untuk lancarkan The Legend of Zelda: Skyward Sword di Nintendo Switch” Produser Siri Zelda, Eiji Aonuma.

Sebelum ini, francais Zelda mempunyai beberapa remake seperti Ocarina of Time, Majora’s Mask, Wind Waker dan Twilight Princess yang mendapat pembaharuan HD atau 3D.

Walaupun keputusan ini agak mengecewakan, teruslah berharap selepas ini untuk pengumuman terbaru bagi Zelda. Apa yang korang perlu tahu sekarang, The Legend of Zelda: Skyward Sword takkan dilancarkan di Switch, mungkin bukan dalam masa terdekat.

Sumber: NintendoLife

RELATED NEWS

+