pakaian bertemakan budaya Islam atau di Timur Tengah."> pakaian bertemakan budaya Islam atau di Timur Tengah." /> pakaian bertemakan budaya Islam atau di Timur Tengah." />

The Sims 4 Bakal Ada Kandungan Khas Menempuhi Kehidupan Di Universiti

Sejak kebelakangan ini, Electronic Arts (EA) banyak mengeluarkan kandungan tambahan (expansion) seperti alam mistik Realm of Magic dan percutian di pulau dalam Island Living malah memperkenalkan pakaian bertemakan budaya Islam atau di Timur Tengah.

Kini, terdapat satu kandungan baru The Sims 4 yang dibocorkan sebelum pengumuman rasmi iaitu ‘Discover University’. Ini agak sama seperti pek kandungan The Sims 3 ‘University Life’ dilancarkan pada 2013 yang mana Sim korang boleh mengambil pengajian undang-undang, kejuruteraan dan pendidikan di universiti pilihan korang.

Selain itu, korang juga boleh menempuhi kehidupan di universiti seperti masuk ke kuliah, menyiapkan tugasan bersama rakan-rakan, hias bilik asrama dan banyak lagi.

Menurut Eurogamer, maklumat ini dibocorkan melalui stor Xbox One di Amerika Syarikat bersama-sama imej dan deskripsi kandungan penuh.

Tarikh pelancaran untuk Discover University didedahkan jatuh pada 17 Disember di konsol manakala portal khas The Sims, SimsVIP pula menganggarkan kandungan ini akan dilancarkan sekitar 15 November.

Siapa tak sabar untuk memulakan atau menyambung pengajian semula di The Sims 4? Kongsikan pendapat korang bersama kami di Facebook, Twitter dan Instagram dan saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+