Filem aksi nyata The Sims dalam fasa awal pembikinan

Adaptasi filem The Sims kini dalam pembikinan.

Pengumuman ini dibuat oleh Kate Herron yang juga penulis ‘Loki’ untuk menjadi pengarah dan ditulis oleh Briony Redman.

The Sims antara permainan video paling banyak dibeli dengan lebih 200 juta salinan sejak tahun 2000.

Pemainan video sandbox dari Electronic Arts ini membenarkan pemain mengawal ‘Sims’ untuk mencipta simulasi kehidupan seperti bekerja, mencari cinta dan membina kehidupan keluarga.

Margot Robbie juga berkemungkinan akan menjadi pelakon utama.

Setakat ini masih belum ada pengumuman barisan pelakon untuk The Sims.

The Sims adalah sebahagian daripada siri ‘Sim’ yang berasal dari permanan video SimCity.

Projek ini masih dalam fasa awal pembikinan.

Rujukan: Variety

RELATED NEWS

+