Overkill: The Walking Dead Dibatalkan Kerana Tak Capai Standard

The Walking Dead adalah projek terbaru dari Starbreeze Studios. Nampaknya permainan video ini juga tak mempunyai masa depan yang cerah.

Skybound Entertainment baru saja menamatkan kontrak pada hari Selasa dengan studio itu, memaksa mereka membatalkan “Overkill’s The Walking Dead” yang hanya dikeluarkan di PC saja setakat ini sejak November lalu.

Ini bermakna ia tak akan lagi dilancarkan di konsol dan Valve masih cuba untuk merancang macam mana nak handle jualan bagi versi di PC (Steam).

Disebabkan tak mencapai standard yang diinginkan, permainan ini terpaksa dibatalkan dan mereka juga meminta maaf kepada peminat yang sudah lama menantikan permainan ini di konsol.

Sumber: Variety

RELATED NEWS

+