PUBG Mobile: Dunia The Walking Dead – Ada Skin Daryl Dixon, Negan, Rick Dan Ramai Lagi

Sebelum ini, Tencent Games ada mengumumkan dunia PlayerUnknown’s Battlegrounds mudah alih (PUBG Mobile) akan bertemu dengan dunia The Walking Dead, siri popular AMC di televisyen yang mengisahkan sekumpulan survivor cuba hidup dalam dunia dilanda wabak zombi.

Menariknya, kali ini skin karakter dalam rancangan televisyen berkenaan kini boleh didapati – Daryl Dixon, Rick Grimes, Negan, Michonne, motorsikal Daryl, Katana Michonne, pemukul kayu milik Negan dan lain-lain.

Kolaborasi ini sempena hebohan siri ini yang akan membuka tirai musim 10 pada Ahad, 6 Oktober.

Kesemua item ini boleh didapati apabila anda menyelesaikan misi mingguan ataupun dengan membeli menggunakan in-app-purchases.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+