The Witcher 3: Wild Hunts dapat DLC diinspirasikan daripada siri Netflix

Kemaskini generasi baru The Witcher 3: Wild Hunt akan akan didatangkan dengan beberapa perkara tambahan termasuk kandungan percuma yang diinspirasikan siri The Witcher yang ditayangkan di Netflix, berdasarkan CD Projekt Red di WitcherCon hari ini.

Semasa acara digital, pembangun Philipp Weber dan Blazej Augustynek mendedahkan kandungan tambahan akan datang termasuk kemaskini generasi terbaru, yang dirancang akan dilancarkan pada tahun ini. Tetapi mereka tidak spesifikkan apa ‘kandungan tambahan’ itu, mereka mencadangkan yang ianya berkaitan dengan siri Netflix itu.

Sebelum ini, kemaskini generasi baru ini diumumkan akan tiba pada separuh kedua tahun 2021 dan dijangkakan menjadi versi ‘penambahbaikan visual dan teknikal’ bagi  platform PC, PS5 dan Xbox Series X. Ini termasuk ray tracing, masa memuat lebih pantas bagi semua permainan asas dan pengembangan. 

Kemaskini juga akan didatangkan sebagai pembelian ‘standalone’ bagi mereka yang tidak ada The Witcher 3 atau sebagai kemas kini percuma bagi mereka yang sudah memiliki permainan ini di konsol generasi terkini.

RELATED NEWS

+