ChYuan, serta Deth meninggalkan Fnatic. Alliance pula kini mengumumkan kemaskini untuk barisan pasukan mereka."> ChYuan, serta Deth meninggalkan Fnatic. Alliance pula kini mengumumkan kemaskini untuk barisan pasukan mereka." /> ChYuan, serta Deth meninggalkan Fnatic. Alliance pula kini mengumumkan kemaskini untuk barisan pasukan mereka." />

TI10: Alliance tinggal dua pemain selepas s4 meninggalkan pasukan

Tamatnya musim The International 10 (TI10) menandakan jendela perpindahan pemain bermula yang baru-baru ini kita lihat pemain Malaysia, ChYuan, serta Deth meninggalkan Fnatic. Alliance pula kini mengumumkan kemaskini untuk barisan pasukan mereka.

Gustav Magnusson atau lebih dikenali sebagai s4 kini meninggalkan pasukan selepas bersama melalui dua liga serantau di Dota Pro Circuit (DPC) 2021 dan juga membantu melayakkan pasukan ke TI10 dan menjadikannya sukar untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pemain seperti itu.

Selain s4, Limmp dan fng juga diumumkan akan bergerak dari Alliance.

Kini, barisan pemain Alliance tinggal hanya dua pemain dan Alliance belum mengumumkan ganti bagi pemain yang meninggalkan pasukan itu. Pemain yang masih dalam pasukan ini adalah:

  • Nikolay “Nikobaby” Nikolov
  • TBD
  • TBD
  • Simon “Handsken” Haag
  • TBD

Pemilik pasukan dan CEO Alliance, Jonathan ‘Loda’ Berg juga adalah rakan sepasukan s4 di TI3 ketika Alliance mengangkat Aegis of Champions, mengatakan mengenai perubahan ini:

“Selalu sedih untuk mengucapkan selamat tinggal kepada rakan. Terutama rakan yang istimewa dan penting bagi sejarah Alliance sebagai ‘anak Magnus’ sendiri, s4.

“Kami semua mahukan lebih daripada TI ini tetapi itu tidak bermakna kami tidak memberikan yang terbaik tahun ini. Kerana kita sudah melakukannya. Semua orang yang berjaya ke acara berprestij ini sudah melakukannya.”

Selepas pemergian s4, Limmp, dan fng daripada skuad Dota 2 Alliance, pasukan itu nampaknya sedang mencari untuk menstruktur semula barisan pemain secara drastik. Pasukan kini juga memerlukan kapten baharu dengan keluarnya s4, sebelum 29 November iaitu tarikh permulaan Dota Pro Circuit 2021.

RELATED NEWS

+