Tiada Fiera Fendi di MPL MY S9

Hari ini, Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY mengumumkan barisan talent untuk musim kesembilan. Kelihatan wajah-wajah yang dikenali sekali lagi muncul untuk musim kali ini.

Namun, jika diperhatikan dengan teliti, kelibat hos Fiera Fendi tidak pula kelihatan pada poster itu.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Malah, kelibat JaaSuzuran dan Sleepy Godzillas boleh dilihat yang mana mereka mungkin akan menjadi pengganti Fiera sebagai duo hos dan co-host.

Selain itu, wajah-wajah pengulas dan penganalisis seperti Laphel, Syed Adeen, Shamilo, Gideon, Sith dan lain-lain turut membuat kemunculan kembali.

Apakah pendapat anda dengan ketiadaan Fiera pada musim kali ini?

MPL MY S9 akan bermula esok di Quill City Mall, Kuala Lumpur, mempertandingkan RM418,000 direbut 10 pasukan.

Foto: Fiera Fendi

RELATED NEWS

+