Tiada Ikuto di kejohanan dunia, M2

Ibarat tiada TobiWan di The International atau tiada J Hunter dan OTG di kejohanan besar PUBG Mobile, itulah yang berlaku di peringkat dunia Mobile Legends apabila Radzi Rahman atau Ikuto tidak mengulas di kejohanan dunia, M2.

Pengumuman itu dibuat baru-baru ini di laman Facebook beliau.

Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya ingin memohon maaf kerana saya TIDAK TERPILIH untuk mengulas di pentas dunia…

Posted by Ikuto00 on Wednesday, 9 December 2020

Ikuto menyatakan beliau tak terpilih untuk mengulas bagi kejohanan dunia tersebut.

Ini adalah satu berita yang menyedihkan buat peminat MLBB yang sentiasa mendambakan ulasan bertenaga dan profesional daripada beliau.

Sepanjang kariernya di MLBB, Ikuto mengulas banyak edisi MPL MYSG, MSC, MPLI, kejohanan e-sukan kampus (KEK), kejohanan-kejohanan besar lain dan M1.

RELATED NEWS

+