Tiada Loot Boxes, DLC Pula Percuma Untuk Marvel’s Avengers – Umum Square Enix

Marvel’s Avengers akan mempunyai kandungan baru dalam masa bertahun-tahun seperti diumumkan Square Enix di persidangan E3 2019 hari ini. 

Dari bentuk naratif, ia akan diceritakan dalam konteks tahun yang berbeza dan korang boleh bermain sehingga empat orang, dalam talian dan cipta karakter baru (serta boleh ubahsuai mereka) malah mempelajari kemahiran baru. Pemain akan bekerjasama untuk menghapuskan kuasa jahat dari muka bumi.

Lebih menarik, Square Enix akan menawarkan kawasan baru dan superhero baru secara percuma dalam bentuk DLC. Paling best, tak ada loot boxes dan situasi pay2win seperti permainan lain masa kini.

Ia juga dibangunkan melalui beberapa gabungan studio antaranya Eidos Montreal, Crystal Dynamics, Nixxes Software, Marvel Games dan unit pasukan di Square Enix.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.

RELATED NEWS

+