“Tidak mengapa bermula dari bawah, momentum akan terhasil daripada pergerakan yang minimum”-Ping

Kejohanan Majors MCPS musim keempat peringkat liga sedang menuju ke penghujung selepas menghadapi tiga minggu yang penuh dengan aksi menarik.

Beberapa pasukan terus menunjukkan prestasi terbaik bagi minggu ketiga seperti Expand, Blacklist International, Pando EWG, SEM9,H2G dan Bloody Head.

Blacklist International iaitu pasukan yang dikenali dengan roster ‘veteran’ masih optimis melakukan kutipan mata sekaligus berada di kelompok tiga teratas.

Pasukan itu mempunyai kesukaran pada minggu pertama kerana rentak permainan  Meta baru yang menjadikan kadar kutipan mata semakin sukar.

Pengurus pasukan, Raffy “Ping” Adornado  menyifatkan kejayaan memerlukan proses dan proses bukan sesuatu yang sepatutnya diberi fokus.

Sebaliknya pasukan harus lebih cenderung untuk memperbaiki kesilapan.

“Kami lakukan kesilapan, kami perbetulkan. Kami tidak menyalahkan antara satu sama lain,” ujarnya ketika dihubungi MyGameOn.

Tambahan lagi, beberapa pemain yang kembali dari penggantungan selama setahun menyebabkan peminat tidak mengharapkan ‘magik’ akan berlaku malah sebilangannya memandang rendah terhadap kemampuan Blacklist International.

“Blacklist ialah sebuah nama, ia bukan sahaja tentang pasukan tetapi individu yang bekerja keras disebalik nama itu,” jelas Ping.

Ping juga berharap pasukannya akan selalu dahagakan kejayaan kerana hal tersebut dapat menaikkan motivasi pemain.

Blacklist Intenational kini menghuni tangga ketiga keseluruhan selepas mengharungi tiga minggu yang sukar.

Pasukan itu bermula di minggu pertama di posisi ke-13 tetapi berjaya melakukan pembaharuan kem pasukan dalam masa yang singkat.

Pasukan itu mengumpul 365 mata keseluruhan dan 192 mata singkir selepas mengharungi 31 pusingan.

Farang Esports juga tidak jauh beza kerana hanya ketinggalan 12 mata dan mempunyai kelebihan dua perlawanan yang masih belum dimainkan 

RELATED NEWS

+