Tiga Held Item diperkenalkan di Pokemon Unite

Selepas kemaskini 1.2 dilancarkan, Pokemon UNITE menambah tiga lagi Held Item untuk memberikan corak permainan yang lebih pelbagai dan sedikit sebanyak mencabar meta terkini. 

Held Items baru yang ditambah ialah Choice Specs, Razor Claw dan Weakness Policy. Barangan ini boleh dibeli di kedai dalam permainan dengan harga 1,000 Aeos Coins atau 625 Aeos Tickets.

Choice Specs

Meningkatkan kerosakan minimum pada pergerakan sebanyak (40/50/60). Di mana lebih tinggi serangan Pokemon Special, lebih tinggi kerosakan dihasilkan. 

Razor Claw

Selepas Pokemon menggunakan satu gerakan, basic attack seterusnya akan memberikan serangan minimum (10/15/20). Memberikan damage boost kepada kerosakan Pokemon sebanyak 0.5%. Apabila digunakan pada melee Pokemon, basic attack akan mengurangkan kelajuan pergerakan Pokemon pihak lawan.

Weakness Policy

Tingkatkan Pokemon Attack di dalam masa singkat dengan (2/2.5/3)% apabila Pokemon menerima kerosakan.

Pokemon UNITE kini tersedia di Nintendo Switch, Android melalui Google Play Store dan iOS melalui Apple Apps Store.

Sumber: AFK Gaming.

RELATED NEWS

+