Tiga pasukan MPL MY yang bertambah baik pada musim ini

MPL MY musim ke-11 berakhir dan juara pada musim ini milik Todak.

Walaubagaimanapun, pada musim ini terdapat beberapa pasukan yang menunjukkan prestasi yang cemerlang berbanding musim lalu.

Daripada tambahan pemain baharu atau import, penukaran peranan ataupun pemain yang sedia ada bertambah baik pada musim ini.

Homebois

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Pasukan milik Daddyhood ini mengalami kekalahan di peringkat suku akhir Lower Bracket di tangan RSG MY telah melakukan satu rombakan besar dengan menambah jurulatih serta pemain baharu.

Homebois membawa masuk bekas jurulatih Falcon Esports iaitu Dale dari Filipina dan dua pemain Indonesia iaitu Barbossa dan Warlord.

Kedua-dua pemain itu mengisi role yang menjadi kelemahan Homebois iaitu Mid Lane dan Roamer. Penambahan ini membawa hasil dengan Homebois menamatkan musim ini di tempat ketiga selepas tewas di tangan Team SMG di final Lower Bracket.

Team Lunatix

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Walaupun musim mereka mula dengan kontroversi, mereka berjaya mengetepikan isu ini dengan persembahan yang menakjubkan pada musim ini. 

Team Lunatix merombak semula pasukan dan membawa masuk pemain serta jurulatih baru. Mereka dilatih oleh Nasty Paolo dan membawa masuk Gold Laner Jowm ke barisan pemain ini.

Dengan tambahan daripada pemain tempatan seperti Unii, Fakez, Zeno dan NovaXCobar, mereka menjadi tunjang utama dalam mengangkat Team Lunatix ke tempat keempat di Playoffs selepas tewas di tangan Team SMG.

Red Esports

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Musim Red Esports ternyata lebih baik daripada musim sebelum ini. Dengan kemasukan pemain baharu iaitu Melqt- dan Kymm ke barisan pemain, ternyata ia memberikan impak yang besar kepada pasukan itu.

Pada awalnya, Mal yang menukar role daripada seorang Gold Laner ke Roamer dipersoal ramai namun selepas musim berlalu, dia menunjukkan peningkatan dalam prestasinya dengan bermain hero seperti Khufra dan Lolita.

Mereka mengharungi satu musim yang mencabar namun berjaya menamatkan Regular Season mereka di tangga kelima selepas tumpas ke tangan Yoodo Red Giants Esports pada tiebreaker sebelum Homebois menyingkirkan Red Esports pada hari pertama playoffs.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+