"> " /> " />

Tiket MPL MY dah boleh dibeli, berharga RM15 dan RM80

Minggu keempat Liga Profesional Mobile Legends (MPL) MY musim kesembilan dan seterusnya akan diadakan secara offline (dibuka kepada umum). Selepas dua musim tanpa kehadiran penonton, kini peminat boleh menyaksikan setiap perlawanan, setiap minggu di EBN Esports City, Qull City Mall hinggalah akhir musim liga.

BELI DI SINI.

Berharga dari RM15 bagi setiap perlawanan, tempat itu akan menempatkan sehingga 50 orang termasuklah pembeli tiket regular dan pengguna Team Season Pass (TSP).

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

Bagi pengguna TSP, mereka boleh menyaksikan perlawanan spesifik pasukan kegemaran mereka dengan harga RM80.

Jika pasukan kegemaran mereka mara ke playoffs, mereka tidak perlu membayar ekstra.

Acara ini akan mengikut protokol dan peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan di mana akan ada penjarakan fizikal.

Bagi peminat yang hadir, anda perlu jalani lakukan ujian swab kendiri dan bagi sesiapa yang mempunyai suhu bawah 37.5 saja dibenarkan masuk.

Tunjukkan keputusan swab di hari acara dan sijil vaksinasi juga perlu ditunjukkan.

MPL Malaysia diadakan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Esports Integrated (ESI).

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by MPL Malaysia (@mplmy.official)

RELATED NEWS

+