TikTok lancar perisian penstriman sendiri?

TikTok, secara diam melancarkan sebuah perisian penstriman tersendiri iaitu TikTok LIVE Studio.

Dengan pelancaran perisian ini TikTok secara tidak langsung akan menyaingi servis penstriman lain seperti Twitch dan YouTube.

Perisian itu dikatakan menyedia penstriman dengan paparan landskap atau potret, di mana pengguna boleh menggunakan kaedah menangkap paparan seperti Game Capture, Video Capture, Mobile Capture dan Program Capture.

Selain itu anda juga boleh menambah gambar dan tulisan pada paparan anda, selain anda boleh memantau bualan strim.Β 

Namun, buat masa ini perisian itu hanya tersedia untuk sebilangan pengguna di beberapa buah negara sahaja.

Sumber: Dot Esports.Β 

RELATED NEWS

+