“Todak akan sentiasa berada dalam ekosistem e-sukan Wild Rift,” – Ikuto

Pengurus Pembangunan E-sukan Todak, Radzi Rahman atau Ikuto berkata, Todak akan tetap berada dalam arena permainan mudah alih Wild Rift untuk membantu membentuk ekosistem e-sukan dan komuniti yang baik.

“Todak Wild Rift secara amnya masih lagi berada di dalam fasa percubaan. Sama seperti semua pasukan yang ada di dalam Todak, kita sentiasa cuba untuk mula dari bawah dan sama-sama naik ke atas,” katanya ketika dihubungi MyGameOn.

Ikuto juga menyatakan bahawa keluar masuk pemain itu adalah perkara yang biasa dalam industri e-sukan.

“Keluar atau masuk pemain adalah perkara biasa di dalam struktur e-sukan, jadi pastinya kita sentiasa membuka peluang untuk pemain-pemain di luar sana untuk berada di bawah payung Todak asalkan mereka benar-benar mempunyai semangat yang tinggi,” katanya lagi.

Meskipun prestasi pasukan Todak Wild Rift di Liga Juara Wild Rift (WCS) MY/SG kurang memberangsangkan tetapi Ikuto tetap optimis dan menganggapnya sebagai satu proses.

“Buat masa sekarang saya rasa tekanan dirasai oleh pasukan Wild Rift kerana dibayangi dengan kejayaan pasukan Todak yang lain. Sedangkan, sebenarnya semua melalui satu proses yang sama.

“Tidak kisah apa tohmahan yang bakal diterima, Todak akan tetap kehadapan dan bersedia untuk melabur di sini,” tulisnya.

Di Kejohanan Juara Wild Rift (WCS), Pasukan Todak hanya memenangi satu perlawanan sahaja daripada 13 perlawanan sekali gus tidak layak ke playoffs.

Pasukan Todak Wild Rift terdiri daripada:

  • Crown
  • NewGate
  • Skylow
  • Kuya 
  • Shanks
  • WildRabbit
  • Kaido

RELATED NEWS

+