Todak akan tubuhkan pasukan Wild Rift

Organisasi e-sukan Todak yang tidak asing lagi di bibir setiap gamers di Malaysia setiap kali mereka bermain permainan peranti mudah alih popular Mobile Legends kini sedang giat mencari ahli pemain untuk mengisi ruang kekosongan pasukan League of Legends: Wild Rift.

Antara syarat-syarat yang diperlukan untuk menjadi salah seorang ahli mereka adalah:

  • Sekurang-kurangnya ranking anda adalah Diamond IV
  • Mempunyai 3 champions di dalam role yang anda mahir
  • Seorang yang mudah bergaul
  • Pandai berkomunikasi sesama ahli pasukan
  • Mempunyai tahap keyakinan yang tinggi
  • Bermotivasi untuk berada di dalam industri e-sukan
  • Mudah menyesuaikan diri dengan sebarang perubahan
  • Mempunyai pengalaman di dalam mengikuti tournament tidak kira besar atau kecil
  • Serba tahu tentang kelengkapan dan juga abiliti champions

Manakala, mereka juga meletakkan syarat bonus iaitu:

  • Pernah bermain permainan League of Legends di pelantar PC
  • Seorang yang mempunyai kemahiran kepimpinan

Kalau anda memenuhi syarat di atas, bolehlah menghantar resume anda kepada alamat emel [email protected]

Usaha pasukan Todak untuk mencari ahli-ahli yang mahir bermain League of Legends: Wild Rift akan memberikan harapan kepada kita untuk melihat wajah-wajah baru di dalam bidang e-sukan.

Selain itu, organisasi lain juga pasti turut memulakan langkah yang sama oleh kerana permainan ini makin berkembang dengan popular di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Foto: Todak Official Instagram

RELATED NEWS

+