Tom Clancy’s XDefiant diumumkan – permainan video menembak percuma dari Ubisoft

Ubisoft kali ini meneruskan lagi Clancyverse dengan Tom Clancy’s XDefiant.

Permainan tembak menembak ini percuma untuk dimain. Ia akan memberi fokus kepada 6 berlawan 6 di dalam beberapa mod permainan.

Setiap karakter juga akan mempunyai traits, kuasa dan ultimate masing-masing mengikut puak tersendiri.

XDefiant juga membawa karakter dari puak seperti Wolves (inspirasi dari Tom Clancy’s Ghost Recon), Echelon (Splinter Cell) dan juga Outcasts dan Cleaners (The Division).

Ubisoft San Franisco juga memberitahu bahawa XDefiant akan membawakan konsep permainan yang pantas seperti konsert punk rock.

XDefiant akan hadir ke Xbox One, PlayStation, Xbox Series X/S, PS5, PC, Google Stadia, Amazon Luna dan Ubisoft Connect dengan kelebihan rentas platform.

Permainan ini masih baru dan ujian PC akan bermula 5 Ogos ini. Anda juga boleh daftar akaun anda di laman XDefiant untuk peluang mencuba.

RELATED NEWS

+