Wild Rift: Tukar audio kepada Bahasa Jepun dan Korea

League of Legends: Wild Rift mungkin masih dalam fasa beta tertutup tapi permainan mudah alih ini sudah menyertakan beberapa sokongan seperti peralihan bahasa dan audio.

Selain tetapan yang membolehkan anda menikmati permainan ini dalam Bahasa Melayu, ia juga menyokong audio suara dalam Bahasa Jepun dan Korea.

Di bahagian tetapan, anda boleh menukar audio ini tanpa perlu menukar kesemua menu dan antaramuka menggunakan text Korea dan Jepun.

Ini bermaksud champions dan announcer akan bercakap dalam dua bahasa itu.

Bagi penulis, sekali sekala dapat mendengar audio dalam bahasa selain bahasa Inggeris adalah satu pilihan yang menyeronokkan.

Audio alih suara ini juga berkualiti tinggi dan ada nilai profesionalisme dalam penyampaian mereka.

Wild Rift adalah permainan mudah alih genre Mobile Online Battle Arena (MOBA) yang juga versi mudah alih League of Legends dibangunkan daripada awal.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+