Trailer Terbaru Devil May Cry 5 Menunjukkan Kuasa Summon V – Ada Gagak, Harimau Kumbang Dan Golem

Trailer terbaru Devil May Cry 5 dah pun dikeluarkan dan kali ini, karakter ketiga iaitu V menjadi bintang utama dalam video ini!

V adalah karakter misteri yang kita masih tak tahu latar belakangnya. Di dalam video di bawah, korang boleh saksikan macam mana V berlawan dengan kuasa summon.

Menerusi video itu, V ada mengaku dia tak mempunyai nama dan hanya berusia dua hari. Dia kemudian hanya melawak dan menyebut namanya, V. 

V mempunyai tiga makhluk summon, pertamanya Griffon, seekor burung seakan gagak yang boleh digerakkan dan menggunakan serangan kilat semasa pertarungan. Shadow, seperti harimau kumbang yang boleh mengeluarkan pedang-pedang dan portal. Akhir sekali ialah Nightmare, golem besar yang membuatkan V bertukar menjadi seakan Devil dengan rambut berwarna putih, mempunyai serangan dekat dan laser.

Devil May Cry 5 akan dilancarkan pada 8 Mac 2019 di PS4, Xbox One dan PC.

RELATED NEWS

+