Trailer Terbaru Resident Evil 2 Remake Menunjukkan Gameplay Claire Redfield

Akhirnya! di acara Gamescom di Jerman baru-baru ini, Capcom akhirnya memperlihatkan gameplay terbaru untuk Claire bagi permainan video Resident Evil 2 Remake.

Kali ini, peminat dapat menyaksikan bagaimana Claire Redfield punya kembara di samping Leon dan juga menyaksikan boss fight yang baru menampilkan William Birkin. Terdapat juga babak dalam permainan ini yang menunjukkan karakter daripada Resident Evil 6 iaitu Sherry Birkin, anak perempuan kepada William.

Resident Evil 2 Remake pada awalnya diumumkan pada 2015 namun hanya ditunjukkan kepada umum dalam acara E3 2018 baru-baru ini. Ia akan menggunakan sudut kamera third person dan dua kempen berbeza iaitu Leon dan Claire di samping beberapa lagi pembaharuan termasuk grafik, visual dan sebagainya.

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+