Ubisoft Melancarkan Soundtrack Assassin’s Creed Odyssey, Boleh Download Sekarang

Assassin’s Creed Odyssey belum lagi keluar hingga Oktober tiba tapi Ubisoft memberikan kejutan kepada peminat yang tak sabar menanti.

Pertamanya, mereka memperlihatkan soundtrack yang boleh distrimkan dan dibeli. Bernama “Legend of the Eagle Bearer“, ia boleh ditemui di saluran Youtube UBILOUD. Track itu dihasilkan oleh The Flight, gabungan komposer Joe Henson dan Alexis Smith.

Duo itu pernah berkolaborasi untuk projek Alien: Isolation dan Horizon Zero Dawn. Korang boleh mendengarkannya dalam video di atas ataupun mencarinya di Spotify. 

Pastinya lebih banyak soundtrack yang akan datang dalam masa beberapa bulan ini dan ia mestinya hebat seperti track di atas.

Assassin’s Creed Odyssey membawa korang ke dalam kehidupan seorang hero lagenda Sparta. Kali ini teroka dunia Greek purba dan lawan musuh antara Sparta dan Athens selain berlayar di lautan Aegean.

Ia akan dilancarkan di Xbox One, PC dan PlayStation 4 pada 5 Oktober ini.

Sumber: Comicbook

TAGS

RELATED NEWS

+