Ubisoft Umum Splinter Cell Baru, Tapi Ia Adalah Gurauan Sahaja

Kebiasaannya, syarikat video game mengeluarkan kenyataan rasmi di samping trailer untuk mengumumkan game mereka. Bagi Ubisoft pula, ia adalah sebaliknya dan rupa-rupanya itu cumalah gurauan semata-mata.

Pengarah kreatif Ubisoft, Julian Gerighty mengumumkan Ubisoft sedang membangunkan Splinter Cell terbaru bersama-sama penerbit eksekutif Ubisoft Montreal, Dan Hay dan pengarah kreatif, Roman Campos Oriola melalui laman Twitter peribadinya.

Rentetan kepada pengumuman ini, ramai pemain dan peminat tegar Splinter Cell terkejut dengan berita ini tetapi hanya dikecewakan oleh Gerighty yang hanya berjenaka antara rakan pembangun. Gurauan ini benar memberi kesan sehinggakan pengarah kreatif ini meminta untuk berhenti kongsi tweet di atas.

Ubisoft mengeluarkan satu kenyataan kepada USGamer: “Julian cuma bergurau sahaja kerana Julian suka berbuat demikian. Nampak gayanya pengarah kreatif kami berseronok-seronok sahaja. Kami tiada apa-apa pengumuman  buat masa sekarang.”

Siri Tom Clancy’s Splinter Cell adalah game berbentuk aksi stealth yang memfokuskan kepada seorang ejen pengintip, Sam Fisher berkhidmat untuk operasi rahsia bernama Third Echelon. Siri ini sangat popular setaraf dengan siri Assassin’s Creed dan game paling baru dalam siri ini adalah Tom Clancy’s Splinter Cell: Blacklist dilancarkan pada tahun 2013.

Setelah siri ini menyepi selama 6 tahun, terdapat banyak khabar angin tentang game ke-7 Splinter Cell. Kali terakhir kita melihat Sam Fisher, protagonis utama Splinter Cell ini muncul dalam satu misi dalam Tom Clancy’s Ghost Recon: Wildlands tahun lepas. 

Sam Fisher dalam Ghost Recon: Wildlands

CEO Ubisoft, Yves Guillemot menjelaskan kepada IGN bahawa Splinter Cell diberhentikan buat sementara waktu kerana menghadapi tekanan banyak pemain untuk hasilkan pengalaman game stealth menepati citarasa pemain. Namun, ini tidak bermakna Splinter Cell akan bersembunyi selama-lamanya kerana Ubisoft telah menetapkan satu pasukan berdedikasi untuk francais Splinter Cell.

Korang rasa Ubisoft benar-benar bangunkan Splinter Cell atau syarikat ini melenyapkan segala harapan pemain dengan gurauan ini? Jom kongsikan bersama kami di Facebook.

 

RELATED NEWS

+