Vainglory All Stars kini dilancarkan di App Store dan Google Play Store

Vainglory All Stars adalah permainan peranti mudah alih 3 lawan 3 yang dihasilkan oleh pembangun Bazooka Tango.

Sebelum ini ia dilancarkan secara beta di Brazil tahun lalu, permainan ini diadaptasi dari permainan peranti mudah alih moba popular iaitu Vainglory dari pembangun Super Evil Megacorp.

Kini mereka mengumumkan permainan ini sudah boleh dimuat turun di pelantar App Store dan Google Play Store di seluruh dunia. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di laman sosial Twitter.

Vainglory All Stars menawarkan pemain pelbagai mod permainan yang boleh dimainkan. Antaranya ialah Minion Madness, Crystal Chaos, Jewel Thief dan juga Kingslayer di dalam peta yang berasingan.

Selain itu, terdapat 20 hero yang boleh didapatkan di permulaan pelancaran permainan ini. Hero seperti Saw, Taka dan Skye akan kembali di dalam permainan ini, ia akan ditambah baik dari segi serangan signature dan kemahiran super.

Adakah anda sudah memuat turun permainan ini di peranti mudah alih anda? Jika belum, jangan lupa untuk mencuba permainan ini bersama rakan-rakan.

RELATED NEWS

+