VALORANT Champions Tour Challengers PH dibelenggu masalah sambungan internet

VALORANT Champions Tour (VCT) Challengers PH kini dilanda pelbagai masalah dan gangguan sambungan internet yang memberi impak kepada kejohanan itu. Selain daripada isu sambungan internet, peminat juga berkata bahawa penganjur kejohanan tidak konsisten dengan keputusan yang diambil daripada penyelesaian isu itu.

Peraturan rasmi oleh Riot menyatakan bahawa 15 minit ihsan harus diberikan kepada pasukan yang menghadapi masalah ketersambungan dan keputusan kehilangan kelayakan pasukan diserahkan kepada penganjur kejohanan.

Oasis Gaming mengalami masalah dengan klien Riot Games itu sendiri. Menurut catatan oleh jurulatih Oasis Gaming Vic Vic Villavicencio, penganjur secara langsung membatalkan kelayakan Oasis Gaming selepas hanya satu minit menunggu dan bukannya 15 minit biasa.

Biasanya penganjur kejohanan bertanya kepada pasukan lawan sama ada pemain sanggup menunggu. Team Secret bersetuju untuk membenarkan Oasis Gaming menyelesaikan isu teknikalnya tetapi penganjur membatalkan kelayakan pasukan itu.Ā 

Malah, tahapĀ ketidakselarasan penganjur menjadikan situasi ini lebih kabur.

Sebagai contoh, pasukan-pasukan lain menerima layanan yang berbeza dari penganjur seperti yang ditunjukkan oleh seorang pengguna Reddit.Ā 

  • Team Secret vs Bren Esports mempunyai tempoh tangguh lebih 40 minit.
  • Oasis Gaming vs Team Secret mempunyai satu minit masa menunggu dengan satu kemenangan dianugerahkan
  • Zeals Esports vs Looking for Org mempunyai lebih 45 minit tempoh tangguh.
  • Looking For Org vs South Built Esports mempunyai tempoh tangguh selama 15 minit dengan satu kemenangan dianugerahkan.
  • Action PH lwn Bren Esports mempunyai dua minit tempoh tangguh kerana isu klien kejohanan dan satu kemenangan dianugerahkan

Keputusan yang tidak konsisten oleh penganjur membimbangkan dan isu itu perlu disiasat oleh Riot Games.Ā 

Semoga isu ini dapat diselesaikan oleh pihak penganjur dan Riot Games agar arena kompetitif VALORANT mampu terus berkembang dengan baik di rantau Asia Tenggara.

Sumber rujukan: AFK Gaming, Reddit

RELATED NEWS

+