VALORANT Mobile mungkin dilancarkan tidak lama lagi berdasarkan kekosongan jawatan ini

VALORANT, yang dibangunkan oleh Riot Games, boleh dikatakan judul e-sukan yang paling banyak dimainkan dalam tempoh setahun ini. Daripada kejohanan di seluruh dunia seperti VALORANT Champions Tour hingga jumlah pemain yang tinggi, permainan ini berjaya membentuk komuniti e-sukan yang besar di seluruh dunia.

Namun, walaupun ia percuma untuk dimainkan dan memerlukan spesifikasi rendah, ia dihadkan oleh sistem pengendalian.

VALORANT kini hanya tersedia untuk PC. Walau bagaimanapun, semasa sambutan Year 1, Riot mengumumkan bahawa judul itu akan menuju ke peranti mudah alih Android dan iOS tidak lama lagi. Sejak pengumuman itu. Riot Games mendiamkan diri mengenai topik ini.

Kekosongan Jawatan

Riot Games mencari seseorang untuk mengisi ruang kosong dalam pasukan pembangunan mereka. Jawatan itu adalah untuk Pereka Permainan Kanan, Mudah Alih – VALORANT. Di samping tanggungjawab tradisional untuk bekerja dengan pasukan lain dan mencipta serta menyediakan pelbagai reka bentuk dan penyelesaian yang berpotensi, iklan kerja itu juga menyebut tentang penghalusan sistem.

Dalam pengiklanan kerja ini, ia menyebut tentang ‘mereka dan memperhalusi sistem ljadi ebih baik dan memenuhi keperluan pemain untuk bersaing.’

Ini menunjukkan bahawa permainan versi mudah alih mungkin sudah tersedia, cuma perlu untuk diperhalusi lebih baik lagi.

Walaubagaimanapun, Riot Games belum mengumumkan apa-apa tarikh pelancaran VALORANT Mobile tapi ia dijangkakan akan dilancarkan sekitar awal tahun hadapan.

RELATED NEWS

+