Valve menyiarkan sebuah panduan untuk pembukaan peranti komputer mudah alihnya yang akan dilancarkan, Steam Deck. Sebelum meneruskan panduan pembukaan peranti itu, Valve mengingatkan bakal pengguna untuk berhati-hati agar tidak membuka peranti kecuali anda pasti anda tahu apa yang anda lakukan.
Menurut Valve, komponen di dalam Steam Deck ini dipilih dan direka bentuk secara teliti untuk mendapatkan reka bentuk mudah alih yang padat ini. Oleh itu, Valve tidak merancang untuk komponen ini ditukar oleh pengguna. Namun, pasti ada pengguna yang akan membuka peranti ini.
Dalam video itu, Valve menunjukkan cara menukar dua komponen sistem mudah alih itu. Pertama, Valve menunjukkan cara mengganti kayu ria atau joystick. Valve memberi amaran bahawa komponen itu direka khas untuk Steam Deck, tetapi Valve menyatakan bahawa ia akan menawarkan sumber untuk ‘alat ganti, kayu ria, SSD, dan lain lagi’ dalam beberapa bulan yang akan datang.
Selepas itu, Valve menunjukkan cara menukar SSD yang dapat membantu orang yang sudah menempah versi peranti termurah dengan cakera padat eMMC dengan tujuan untuk memperbaikinya sendiri.
Semua versi Steam Deck menggunakan penyambung format m.2, termasuk versi dengan cakera padat eMMC, jadi jika anda merancang untuk melakukan pertukaran, anda perlu memasang semula OS dan memuat turun permainan yang anda mungkin telah muat turun pada cakera padat anda yang lain.
Steam Deck akan dilancarkan pada bulan Disember, namun tiada pengumuman rasmi untuk pasaran Malaysia.