VCT: Gambit juara Masters Berlin

2021 VCT Masters Berlin sudah melabuhkan tirai mereka dengan menyaksikan pasukan Gambit Esports berjaya merangkul gelaran juara, memenangi hadiah RM942,000 dan menjadi pasukan terbaik dunia. 

Perlawanan terakhir menyaksikan Gambit juara kumpulan C menentang Envy daripada Kumpulan B dalam perlawanan lima terbaik (BO5) yang berakhir dengan 3-0.

Pada separuh masa pertama dalam perlawanan pertama, Envy mempertahankan Bind dengan cukup kemas dengan skor 7-5. Namun, Gambit pula berjaya mengawal pusingan kedua dengan mengikat Envy yang membawa mereka ke Overtime. Perlawanan berakhir dengan Gambit 15-13.

Di Haven, Envy berjaya memberikan prestasi yang cukup baik sebagai Attacker dengan memenangi separuh masa pertama dengan 9-3. Tetapi, Gambit menafikan kemenangan Envy di separuh masa kedua dengan mengakhiri perlawanan kedua dengan 13-11.

Pada perlawanan ketiga di Split, Envy masih lagi berusaha untuk menenggelamkan dominasi Gambit. Chronicle daripada Gambit meratakan pasukan Envy di Split dengan memperoleh 4 kills. Mereka mengakhiri perlawanan dengan 13-9.

Dengan kemenangan Gambit ini, mereka berjaya mendapatkan tempat VCT Champions 2021 yang akan berlangsung pada hujung tahun ini, yang merupakan kejohanan VALORANT terbesar yang dianjurkan Riot. 

Sumber: Dot Esports

RELATED NEWS

+