VCT: Paper Rex tidak berjaya tundukkan DAMWON

Kejohanan kelayakan sebelum ke VALORANT Champions masih lagi berterusan untuk zon APAC, dengan beberapa perlawanan sahaja berbaki sebelum pusingan Akhir pada 17 Oktober ini. 

Paper Rex dan DAMWON kali ini masing berebut peluang mereka di Lower Bracket untuk mara ke perlawanan berikutnya. Namun, Paper Rex terpaksa akur dengan kekuatan DAMWON selepas tewas dengan keputusan 1-2.

Bind menjadi pembuka perlawanan dengan Paper Rex memain peranan sebagai Defender di separuh masa pertama. Namun, serangan DAMWON terlalu cukup kemas dan mampu mematahkan pertahanan mereka dengan 9-3.

Separuh masa kedua diteruskan dengan DAMWON mengekalkan corak permainan yang cukup baik dan menamatkan perlawanan peta pertama dengan 13-10.

Peta kedua di Breeze, pula mempunyai kisah berbeza. Di sini, Paper Rex benar-benar memberikan permainan yang cukup baik. Paper Rex menamatkan perlawanan dengan 13-3.

Perlawanan penentuan di peta Ascent, menjadi perlawanan penentuan sama ada Paper Rex atau DAMWON yang akan mara ke perlawanan seterusnya. 

DAMWON sebagai Attacker pada separuh masa pertama benar-benar menguji pertahanan Paper Rex. Mereka mendahului dengan 7-5 pada separuh masa pertama sebelum mengakhirkan perlawanan dengan 13-8. 

Dengan berakhirnya perlawanan itu, perjuangan Paper Rex tidak berjaya mendapatkan tempat di VALORANT Champions 2021. Tetapi masih ada tahun depan untuk mereka buktikan mereka masih mampu untuk menjulang gelaran Champions. 

Hari ini, DAMWON akan bertemu NUTURN Gaming untuk kedudukan Lower Bracket pada pukul 5.00 petang ini, untuk menentukan siapa yang akan bertemu Northeption di pusingan Akhir Lower Bracket.

Sumber: VALORANT Esports

RELATED NEWS

+