Vietnam menganjurkan VCS Winter Split tahun ini

Berikutan Vietnam yang tidak dapat sertai kejohanan dunia League of Legends iaitu Worlds 2021, Vietnam Championship Series (VCS) Winter Split akan dianjurkan pada hujung tahun ini.

Diumumkan melalui laman Facebook mereka, Kejohanan Winter Split akan diadakan pada 16 November hingga 31 Disember ini. Kejohanan ini akan dianjurkan dengan lapan pasukan yang akan bertarung melalui format double-round robin selama enam minggu.

Sebelum ini, Vietnam Championship Series tidak dapat menganjurkan Summer SPlit 2021 berikutkan beberapa bandar di Vietnam termasuk bandar Ho Chi Minh terpaksa mengenakan lockdown berikutan peningkatan kes Covid-19.

Selain itu, dua pasukan mereka GAM Esports dan Saigon Buffalo, yang sepatutnya bertanding di World 2021, terpaksa dibatalkan penyertaan berikutan isu visa.

Sumber: AFK Gaming.

RELATED NEWS

+