Wan Hazmer Mengumumkan Metronomik, Studio Pembangun Permainan Pertama Beliau

Bertempat di Komune, Bangsar South, Wan Hazmer akhirnya mengumumkan game development studio beliau iaitu Metronomik di laman Facebooknya, semalam.

Dalam posting itu, beliau menulis, Metronomik diambil daripada perkataan Inggeris iaitu Metronome. Wan Hazmer juga menerangkan visi syarikatnya secara jelas:

“Visi kami besar tapi mudah. Saya seorang yang sangat percaya bahawa irama memainkan peranan penting dalam hidup kita. Bagaimanapun, melihat kepada trend permainan video yang menyamai kehidupan sekarang, irama tidak banyak digunakan dalam permainan video dan juga industri secara keseluruhan.

“Contohnya seperti muzik yang berintegrasi dengan gameplay. Bagaimana individu dan collective pace memberi efek kepada produksi dan kehidupan peribadi. Bagaimana momentum yang dirancang dengan baik boleh memandu industri berkembang dengan lebih pesat. Dan bagaimana muzik boleh mengajar kanak-kanak perkara baru,” 

Wan Hazmer turut merancang untuk mengembangkan lagi empayar beliau dengan memberi peluang kepada pembangun game tempatan untuk menonjolkan bakat mereka dengan sama-sama menyertai team Metronomik. Ini antara jawatan kosong yang ditawarkan oleh syarikat beliau:

  • Seorang Unreal programmer (khusus bagi yang berpengalaman)
  • 3D modeler
  • 3D rigger
  • VFX artist
  • Motion graphics designer
  • Camera programmer/designer

Untuk maklumat lebih lanjut, bolehlah hubungi beliau di laman Facebook rasmi, Wan Hazmer.

RELATED NEWS

+