Watak baru Apex Legends akan didedahkan hari ini

Apex Legends Musim 11 sudah hampir tiba dan Respawn Entertainment akan mendedahkan tayangan sinematik Stories From the Outlands pada malam ini. Sinematik bermusim biasanya memberi pemain pandangan pertama mengenai watak peta baru juga.

Musim ini dijangkakan akan dilancarkan dengan watak baru dan juga diharapkan akan menerima peta baru sebagai sebahagian daripada kemaskini akhir tahun.

Baru-baru ini tertiris yang menunjukkan bahawa Ash mungkin menjadi watak Legend berikutnya yang akan menyertai barisan watak Apex dan ada petunjuk dalam permainan dalam mod permainan Apex’s Arenas yang menyokong idea ini. Sekiranya tirisan itu benar, ini mungkin adalah hubungan atau kaitan yang paling ketara antara dunia Titanfall 2 dan Apex Legends setakat ini. 

Peta baru yang bertemakan tropika juga dijangkakan akan didedahkan melalui video ini pada malam nanti. Jadi, janganlah terlepas pendedahan ini!

Anda boleh menonton klip sinematik ini melalui video di atas atau pada YouTube rasmi Apex Legends bermula jam 11 malam ini.

RELATED NEWS

+