Watak Super Smash Bros. Ultimate baharu dari ARMS ialah Min Min

Dalam livestream Super Smash Bros. Ultimate (SSBU) Direct semalam yang dipengacarakan oleh Masahiro Sakurai, Pengarah SSBU, beliau mendedahkan bahawa watak baharu yang akan muncul dalam judul tersebut ialah Min Min.

Min Min merupakan salah satu watak dari permainan video ARMS yang juga dilancarkan secara eksklusif di Nintendo Switch. Dia boleh dibeli bermula dari 29 Jun ini dan juga terkandung dalam Fighters Pass Vol. 2.

Dari segi kostum baharu untuk watak-watak Mii Fighters, Sakurai mendedahkan kostum-kostum baharu dari ARMS, Vault Boy (Fallout), Splatoon, dan Tekken.

Dalam livestream yang sama, Sakurai juga mendedahkan dua figura amiibo baharu iaitu Joker dari Persona 5 dan Hero dari Dragon Quest.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+