Wild Rift: Lima champion baru – Teemo, Kennen, Tristana, Lulu dan Corki

Nampaknya Wild Rift akan memulakan musim pertama dengan kejutan besar! Teemo, Kennen, Tristana, Lulu dan Corki akan menyertai barisan champions sedia ada dijangka bermula 8 Januari ini apabila musim 0 berakhir.

Champions dari Bandle City ini masing-masing punya kelebihan dan anda boleh ke Youtube untuk menyaksikan setiap abiliti mereka (kelima-lima sudah lama dilancarkan di versi PC).

Sementara itu, Riot Games juga memperkenalkan beberapa ciri baru dalam permainan

  • Party Finder – lebih mudah untuk mencari kawan seperjuangan apabila anda bermain solo. Pemain boleh menjadikan lobi mereka dibuka untuk kawan dan pemain lain.
  • Indikasi Latensi – pemain boleh melihat kekuatan sambungan internet di dalam permainan (4G, Wifi dan lain-lain).
  • Berkongsi Di Laman Sosial – apa saja keputusan permainan atau pencapaian boleh dikongsi di laman sosial.
  • Maklumat Peta – Anda kini boleh tahu lebih lanjut tentang monsters dan lain-lain.

Selain itu terdapat banyak koleksi kostum (skins) seperti Star Guardian dan Dragon Trainer.

Riot juga memperbaiki kesilapan dalam permainan seperti menunjukkan dengan sengaja memaparkan maklumat musuh sepanjang masa dan tidak menunjukkan masa respawn untuk Dragons dan Baron.

Patch penuh boleh dibaca di laman web ini.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram. Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+