Wild Rift: Selama tiga hari, anda akan dapat guna semua champion secara percuma

Sempena sambutan tahun baru 2021, permainan peranti mudah alih genre moba 5v5 League of Legends: Wild Rift kini memberikan anda semua peluang untuk bermain semua Champions selama 3 hari.

Inilah peluang anda untuk cuba semua Champion yang anda minat tapi tak berkesempatan nak beli dan buat pilihan yang betul apabila Blue Motes mencukupi.

Bukan itu sahaja, anda boleh menerima dua kali ganda XP dan juga Blue Motes untuk menaikkan level akaun dengan lebih cepat. 

Jangan lepaskan peluang ini, hanya 3 hari sahaja acara ini akan berlangsung!

Sumber: Wild Rift Malaysia

 

RELATED NEWS

+