Wizzking ingin menjadi pemain profesional Wild Rift

Menerusi sebuah hantaran Instagram spin_esports, bekas pemain profesional Mobile Legends RRQ, Mohd Zulkifli Hj Mohd Zulkifli atau lebih dikenali sebagai Wizzking, menyatakan bahawa dia ingin menjadi pemain profesional untuk permainan mudah alih League Of Legends: Wild Rift.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by SPIN – Esports (@spin_esports)

“Jika saya ditawarkan untuk bermain dalam pasukan profesional Wild Rift, saya memang mahu. Apatah lagi ditawarkan dari pasukan luar negara,” katanya.

Baru-baru ini, Wizzking baru sahaja memenangi kejohanan 515 All Star 2022.

Pasukan NEVERWIN berjaya mendapatkan kejuaraan untuk kejohanan itu sekaligus membawa pulang hadiah utama yang berupa wang tunai sebanyak RM109,000.

Sekarang ini, Wizzking sedang giat melakukan penstriman Wild Rift di akaun Youtubenya.

Adakah benar Wizzking akan memasuki arena kompetitif Wild Rift sebagai seorang pemain profesional? Sama-sama kita nantikan.

Foto: Instagram Wizzking

RELATED NEWS

+