Black Shark 2 Dilancarkan – Boleh Dibeli Dengan Harga RM2,499

Kalau dulu, kita biasa berhabis duit untuk dapatkan PC canggih dan konsol tapi sekarang ada antara kita yang suka main game di telefon pintar saja. Gaming phone adalah peranti mudah alih yang sangat dinanti-nanti oleh gamers.

Hari ini, Black Shark 2 dengan kerjasama Xiaomi dilancarkan dengan harga RM2,499 untuk 8GB RAM/128 GB dan RM2,999 untuk 12GB RAM/256 GB untuk pasaran Malaysia. Terdapat dua warna diperkenalkan iaitu Shadow Black dan Frozen Silver.

Ia turut dibawakan oleh Intelligent Earnings Sdn. Bhd selaku rakan pemasaran dan jualan eksklusif untuk Black Shark di Malaysia.

Kelebihan Black Shark 2 ialah sistem penyejukan cecair pelbagai lapisan untuk kelancaran sesi permainan serta pengecasan laju iaitu sebanyak 15% apabila pengguna bermain PUBG Mobile ketika sedang caj peranti gaming ini. Dengan ketahanan bateri pada kapasiti 4,000 mAh, korang boleh main game sehingga 5 jam dan dikatakan ia 60% lebih tahan lama daripada peranti lain. Selain itu, ia juga menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 855.

Dari segi paparan, ia hadir dengan panel AMOLED seluas 6.39 inci dengan teknologi DC- light dimmer sekali gus tak merosakkan mata. Paparan TrueView ini turut digabungkan dengan teknologi HDR. Bagi audio pula, ia adalah 25% lebih kuat berbanding telefon pintar lain dan dilengkapi 3 mikrofon bagi melancarkan audio dalam permainan terutama ketika korang bercakap bersama kawan-kawan masa in-game.

Shark Space pula membuang segala memori di background dan korang boleh mengakses mod berbeza iaitu Game Dock yang boleh diakses secara terus ketika sedang bermain game, Game Studio dan Ludicrous Mode untuk kelancaran permainan ke tahap maksimum.

Lebih menarik lagi, pengalaman bermain game terasa lebih menarik dengan getaran berbeza mengikut persekitaran. Terasa seperti bermain dalam 4D! Yang paling best, korang boleh sambungkan kabel HDMI ke mana-mana skrin, sebagai contohnya TV untuk tayangkan skrin permainan ke TV tersebut.

Seperti juga peranti gaming lain, ia hadir dengan logo warna RGB untuk pengalaman bermain lebih baik dan boleh diubah mengikut cita rasa korang sendiri.

Kali ini, korang boleh dapatkan baucar RM100 di Shopee berserta Fujitsu headphone E210BT percuma (bernilai RM399) untuk 200 pembeli terawal. Klik LINK ini untuk mendapatkannya. Korang juga boleh dapatkannya di Lazada.

RELATED NEWS

+