Xinnn rehat lagi? Mahu Skylarrr bermain sepenuh masa

RRQ Xinnn adalah salah seorang pemain profesional Mobile Legends. Beliau sempat mengangkat piala bersama pasukannya sebanyak 2 kali di musim kelima dan keenam.

Xinnn membuat keputusan untuk berehat seketika di musim ketujuh untuk memberi peluang kepada pemain baru seperti Alberttt untuk bersinar.

Selain itu, Xinnn melakukan comeback pada musim kelapan dan hampir mendapatkan piala ketiga namun tewas di tangan ONIC ID.

Kini, beliau mengatakan ingin memberi ruang kepada Skylar untuk menggantikan beliau sepenuhnya di musim kesembilan. 

Pengumuman itu dibuat semasa beliau melakukan penstriman langsung. “Saya ingin Skylarrr bermain sepenuhnya di musim kesembilan, saya sudah bercakap dengan dia semalam.” ujarnya.

Adakah pasukan RRQ Hoshi akan mengembalikan zaman kegemilangan mereka seperti di musim kelima dan keenam? Kita bakal saksikan.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+