Xorn akan main di pusingan kelayakan MPL MY S10

Pengurus pasukan Geek Fam, Wheng, menyatakan bahawa pasukannya akan bermain dari pusingan kelayakan semula untuk MPL MY musim hadapan.

“Kami akan bermain dari bawah semula,” katanya ketika dihubungi oleh MyGameOn.

Wheng juga menyatakan bahawa pertukaran pemain akan berlaku untuk musim hadapan.

“Rombakan pemain sudah pasti ada, cumanya kami masih akan gunakan pemain dari pasukan Geek Fam juga tanpa membawa sebarang pemain baru dalam pasukan kami.

“Bagi peminat Xorn, dia bakal bermain untuk kelayakan musim hadapan,” katanya.

Dia juga menyebut bahawa para pemain Geek Fam tetap optimis untuk bermain di MPL MY musim ke-10, meskipun perjalanan mereka harus bermula dari bawah.

Geek Fam dan MAB Esports akan bertanding di peringkat lapan teratas kerana kali ini tiada kejohanan lain seperti MEC dianjurkan untuk memberikan dua slot ke lapan teratas pusingan kelayakan.

Foto: Instagram Amoux

RELATED NEWS

+