Xorn dilamar beberapa pasukan MPL MY?

Sumber terdekat menyatakan bahawa salah seorang atlet e-sukan, Xorn yang ke Sukan Asia Tenggara (SEA) sudah dilamar oleh beberapa pasukan di MPL MY.

Xorn atau nama sebenarnya, Mohammad Zul Hisham yang masih bersama Geek Fam dikatakan bakal menyertai atau dipinjamkan ke pasukan yang memerlukan khidmatnya sebagai seorang Roamer.

Ramai berpendapat bahawa dia akan ke pasukan Team Secret yang memerlukan seorang Roamer. Walaubagaimanapun, masih tiada pengumuman rasmi dari mana-mana pasukan.

Hanya satu jendela perpindahan pada musim ini berbanding musim lepas dan jendela perpindahan pada musim ini akan dibuka selepas minggu ketiga dan berjalan selama sembilan hari bermula daripada 27 Mac sehingga 4 April.

Ini memberikan peluang kepada pasukan-pasukan di MPL MY dan mereka sudah semestinya tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan pemain-pemain untuk menguatkan pasukan mereka untuk menghadapi baki perlawanan pada minggu akan datang.

Xorn adalah salah seorang daripada tujuh pemain yang mewakili negara ke Sukan SEA di Kemboja bagi acara MLBB yang akan bermula pada 5 Mei sehingga 17 Mei 2023.

RELATED NEWS

+