dipilih untuk bertanding di Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada Mei ini."> dipilih untuk bertanding di Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada Mei ini." /> dipilih untuk bertanding di Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada Mei ini." />

“Xorn pandai ‘setup’, kami suka dengan ‘gameplay’ dia,” – Moon

Pemain Todak, Zikry Shamsuddin atau Moon menyifatkan gaya permainan Mohammad Zul “Xorn” Hisham sangat disukai pasukan mereka sekali gus menjadi sebab kenapa pemain Geek Fam ini dipilih untuk bertanding di Sukan SEA 2021 di Hanoi, Vietnam pada Mei ini.

“Nak cuba keserasian dengan dia. Bila tengok gaya permainan sewaktu berlawan, kami suka dengan cara dia main.

“Dia pandai rancang perlawanan (setup). Boleh buat apa yang pasukan inginkan jadi kami memang perlukan khidmatnya,” kata Moon ketika ditemui di sidang media Sukan SEA 2021 di Bangunan MSN, Bukit Jalil, Kuala Lumpur hari ini.

Moon bersama pemain Geek Fam PUBGM, QB menghadiri sidang media

Kata Moon, dia yakin Xorn akan buat yang terbaik kerana dia dan Todak mewakili negara untuk ke Sukan SEA ini.

“Memang inilah masa yang sesuai untuk pilih Xorn masuk ke dalam pasukan,” kata Moon yang turut memuji kemahiran ‘mekanikal’ Xorn.

Turut hadir, Pengurus kontinjen negara bagi Sukan SEA 2021, Kelvin Pang, pemain Geek Fam PUBGM, QB dan Swak dari SEM9 Wild Rift.

Sukan SEA Hanoi 2021 mempertandingkan MLBB, PUBGM (solo), PUBGM (acara berpasukan), Wild Rift (wanita), Wild Rift (lelaki), Free Fire, FIFA Online 4, League of Legends, Arena of Valor dan Crossfire.

Sebelum ini Skuad Malaysia pernah memenangi pingat emas untuk Hearthstone dan pingat gangsa untuk Mobile Legends: Bang Bang.

Ia dijangka berlangsung pada 12 Mei hingga 23 Mei ini.

RELATED NEWS

+