XPAX KEK Dilancarkan, Kejohanan E-Sukan Kampus Pertama Di Serata Malaysia!

Media Prima Digital, Celcom Axiata Berhad serta Predator telah mengumumkan XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus (KEK) 2019, kejohanan e-sukan Malaysia yang pertama menampilkan pasukan e-sukan institusi pengajian tinggi terbaik di seluruh negara, bertanding bagi merebut hadiah tunai terkumpul berjumlah RM 180,000.

Dianjurkan MyGameOn, dengan kerjasama rakan e-sukan kami Kitamen, acara ini akan diadakan di lima zon berbeza di seluruh negara. Hadiah utama tunai boleh dimiliki semua peserta yang akan bertanding dalam 3 kategori permainan berbeza: Mobile Legends Bang Bang, Pro Evolution Soccer 2019 dan DOTA 2.

Untuk maklumat lanjut dan registration, klik di sini!

Pelancaran ini dirasmikan oleh CEO Media Prima Digital, Rafiq Razali dan Ketua Pegawai Perniagaan Konsumer dan Kediaman. Celcom Axiata Berhad, Danny Chew. 

 

(Dari kiri): Prof. Madya Azhar Abdul Jamil, Pengarah Creative Media and Technology Hub, UiTM / Mohd Syazwan Bin Mohd Hanafie, Pengurus Esports, Majlis Sukan Negara / Jeffrey Lai, Pengurus Produk Kanan, Acer Malaysia / Danny Chew, Ketua Pegawai Perniagaan Konsumer dan Kediaman. Celcom Axiata Berhad / Rafiq Razali, CEO Media Prima Digital / Hazman Hassan, Ketua Pegawai Eksekutif Kitamen.

Turut hadir adalah tetamu dan wakil dari komuniti e-sukan seperti Orange Esports, pasukan MLBB Mysterious Assassins, Mineski, The Rift, AirAsia, Perak Esports Council, Esports Kuala Lumpur, Axis Esports dan ramai lagi.

 

Sepatah dua dari Rafiq Razali dan Danny Chew:


“Media Prima Digital komited membangunkan industri e-sukan di Malaysia dan sebab itulah, kami menganjurkan KEK. Kami berharap dapat mendidik lebih 1 juta siswa dan siswi dari semua institusi pendidikan di seluruh negara tentang budaya ‘healthy gaming’ seterusnya memberi pendedahan akan potensi dimiliki industri ini terhadap masa depan mereka,”
– Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, Rafiq Razali

 

“Celcom menerusi XPAX sangat teruja mempersembahkan KEK memandangkan kejohanan ini selari dengan aspirasi kami untuk menjadi penyedia rangkaian pilihan dalam memenuhi gaya hidup digital para pelanggan kami terutamanya peminat e-sukan tanahair. Ia juga menyediakan generasi muda Malaysia satu platform pemerkasaan di mana mereka boleh meningkatkan kemahiran mereka seterusnya menjadi pemacu kehadiran mereka di dunia permainan video (gaming),” – Ketua Pegawai Perniagaan Konsumer dan Kediaman. Celcom Axiata Berhad, Danny Chew

TAGS

RELATED NEWS

+