Reddit mengenai isu Clutch Gamers yang tidak membayarnya dan juga pemain Malaysia, Lai “Ahjit” Jay Son sepanjang penglibatan mereka di bawah pasukan itu."> Reddit mengenai isu Clutch Gamers yang tidak membayarnya dan juga pemain Malaysia, Lai “Ahjit” Jay Son sepanjang penglibatan mereka di bawah pasukan itu." /> Reddit mengenai isu Clutch Gamers yang tidak membayarnya dan juga pemain Malaysia, Lai “Ahjit” Jay Son sepanjang penglibatan mereka di bawah pasukan itu." />

Yol Menuduh Clutch Gamers Tidak Membayar Hadiah Kemenangan Dan Gaji Selepas Setahun

Pemain pembantu (support) dari Russia, Vladimir “vol” Basov akhirnya bersuara di Reddit mengenai isu Clutch Gamers yang tidak membayarnya dan juga pemain Malaysia, Lai “Ahjit” Jay Son sepanjang penglibatan mereka di bawah pasukan itu.

Bekas kapten CG itu juga menyertakan tangkap layar (screenshot) perbualannya bersama dua pengasas, Jamal Khan dan Jaseem “Gangster” Khan.

Beliau menuntut hadiah kemenangan daripada Kejohanan Asia MPGL yang mana pasukan itu berada di tempat kedua dan membawa pulang USD$20,000. CG juga turut memenangi tempat pertama, memperoleh USD$1,500 dari Piala Asia Tenggara ProDotA Musim 12.

Lebih teruk, bukan saja hutang duit kemenangan tapi CG juga belum membayar gaji Yol untuk dua bulan terakhir bersama pasukan iaitu kira-kira USD$5,000.

Tangkap layar ini juga menunjukkan Clutch Gamers membuat pembayaran dalam tunai tanpa invois dan tidak mempunyai bukti hitam putih bersama pemain. Malah, hadiah kemenangan dan gaji pemain tidak dapat dilunaskan kerana syarikat ini telah didenda sebab mereka tidak dapat mengemukakan bukti pembayaran cukai.

“Wang kemenangan itu tidak dapat dibayar kerana pengurusan audit terganggu (tidak dapat tunjuk pembayaran cukai). Kamu semua dibayar dengan tunai tanpa invois atau cek. Saya cuba untuk back track (wujudkan slip pembayaran) tapi mereka tahu ia tipu. AfrOmoush, kamu, SkyLark dan Ahjit semua dibayar dalam tunai,” jelas Jaseem Khan kepada Yol.

Dia juga turut mengatakan akaun syarikat disekat dan sekarang tiada tempat tinggal kerana keluarganya ‘tak dapat membantu’ dirinya.

Pada Disember 2018, Jamal Khan memberikan alasan lain, mengatakan tiada di Malaysia kerana visa tamat tempoh dan sedang berusaha memperbaharuinya. Pada Januari 2019, beliau juga berkata akan lunaskan hutang pada akhir bulan.

Tapi tangkap layar oleh Yol bertarikh 31 Ogos 2019 dan beliau terus diberi alasan untuk penundaan bayaran hingga sekarang. Baca kronologi perbualan mereka di bawah:

Tangkap layar 1

Tangkap layar 2

Tangkap layar 3

Tangkap layar 4

Tangkap layar 5

Situasi sangat genting untuk Yol dan bekas ahli pasukannya kerana tanpa bukti hitam putih, ia takkan membantu mereka untuk mendapatkan wang kembali. Tapi setidaknya, post beliau di Reddit mampu membangkitkan kesedaran kepada pemain lain agar tak tertipu lagi.

Artikel ini diterjemah dari laman web VPEsports. Baca artikel asal di SINI.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+