Yoodo Alliance kini mengumumkan kerjasama dengan pasukan 4Rivals

4Rivals adalah salah satu pasukan yang semakin bersinar di arena kompetitif PUBG Mobile Malaysia. Mereka mendapat pencapaian yang begitu memuaskan di Liga Profesional PUBG Mobile (PMPL) MY/SG dan juga PMPL SEA musim keempat.

Kini, pasukan 4Rivals mengumumkan mereka akan melakukan kolaborasi bersama Yoodo Alliance. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran di akaun Instagram mereka.

Dengan kolaborasi ini, pasti pasukan 4Rivals akan lebih yakin dengan penambahan penaja baru untuk pasukan mereka. Tahniah diucapkan kepada pasukan 4Rivals.

Terdahulu, mereka layak ke Kejohanan Dunia PUBG Mobile (PMGC) selepas berjaya mendapatkan tempat keempat di dalam peringkat akhir. Mereka akan bersama dengan Team Secret untuk mewakili Malaysia ke PMGC.

RELATED NEWS

+