ONIC PH bukan nak jual slot lah..

Sebelum ini, hangat diperkatakan yang ONIC PH mungkin akan bubar dan tindakan itu seterusnya membawa kepada kemungkinan menjual slot kerana kehilangan beberapa pemain penting.

Pemain seperti Dlarskie pernah mendapat perkhabaran akan ke Indonesia malah Kairi juga sudah dikhabarkan berada di gaming house pasukan di Indonesia.

Namun, menurut laporan SPIN.PH, mereka sebenarnya cuba untuk mencari roster baru bagi menghadapi MPL Filipina musim kesepuluh dan menguatkan barisan pemain mereka.

“Kami ingin membangunkan kembali ONIC PH.

“Bukan saja mengenai MPL, tapi dari segi pengurusan juga. Kami akan meneruskan misi ini bermula musim baru ini,” kata Ketua Pembangunan Bisnes dan Kolaborasi Strategik ONIC PH, Paolo Pamintuan.

Dia kemudian menambah, organisasi ONIC PH tidak akan menjual slot dan akan terus membantu pemain yang sudah keluar dari organisasi untuk mencari pasukan baru kelak.

Sumber rujukan: SPIN.PH

RELATED NEWS

+